TANDA-TANDA KEMATIAN
Adapun tanda-tanda
kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita
sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut
dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali
rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu
menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau
menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta
kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau
telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
tersebut.
Beliau wafat ketika
Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat
ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim
kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat
Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun
semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala
orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan
terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada
Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari
sebelum hari mati.
Ini adalah tanda
pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang
baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan
diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari
sebelum hari mati
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini
akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana
orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini
akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan
kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan
ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya
yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku
sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang
iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku
keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan
ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika
ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT
yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya
marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara
orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka
terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam
usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari
segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun
sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha
mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh
diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari
orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah
kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk
oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran
dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun
akhirat.
Apa yang baik dan
benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari
kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM