SeTiAYeEr DieR

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.

 Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah
 telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang
 berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya
sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk
menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada
 setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu
 cintakan
 isterinya.

 Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, Awak ni terlalu sangat
 cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
 siapa lagi di kampung ini buat begitu.

Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang
terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun
tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

Oleh  yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat
tumbuh.

** Harap tak der yang jadikan citer tu sebagai panduan utk diri esok2
yek..