SeRaSiKaN
DiRi AnDa DaN PaSaNgAn
Z |
odiak,
bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama. Tetapi boleh ke kita percaya
dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita.
Emmmmm…adakalanya macam betul saja kan…suratan atau kebetulan? Bukan
saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan
melalui zodiak. Apa kata kamu Tanya
si dia apa zodiaknya dan intai-intai nombor yg bertembung dengan zodiak kamu.
Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana
keserasian kamu dan si dia. Senangkannnnnnnnnnnn………..
Gemini
+ Libra
=
1
=
Sehati Sejiwa
‘SI DIA’
|
|||||||||||||
KAMU |
|
ARIES |
TAURUS |
GEMINI |
CANCER |
LEO |
VIRGO |
LIBRA |
SCORPIO |
SAGITARIUS |
CAPRICORN |
AQUARIUS
|
PISCES |
ARIES
|
4 |
5 |
2 |
6 |
1 |
7 |
3 |
7 |
1 |
6 |
2 |
5 |
|
TAURUS |
5 |
4 |
5 |
2 |
6 |
1 |
7 |
3 |
3 |
1 |
6 |
2 |
|
GEMINI |
2 |
5 |
4 |
5 |
2 |
6 |
1 |
7 |
7 |
7 |
1 |
6 |
|
CANCER |
6 |
2 |
5 |
4 |
5 |
2 |
6 |
1 |
7 |
3 |
7 |
1 |
|
LEO |
1 |
6 |
2 |
5 |
4 |
5 |
2 |
6 |
1 |
7 |
3 |
7 |
|
VIRGO |
7 |
1 |
6 |
2 |
5 |
4 |
5 |
2 |
6 |
1 |
7 |
3 |
|
LIBRA |
3 |
7 |
1 |
6 |
2 |
5 |
4 |
5 |
2 |
6 |
1 |
7 |
|
SCORPIO |
7 |
3 |
7 |
1 |
6 |
2 |
5 |
4 |
5 |
2 |
6 |
1 |
|
SAGITARIUS |
1 |
7 |
3 |
7 |
1 |
6 |
8 |
5 |
4 |
5 |
2 |
6 |
|
CAPRICORN |
6 |
1 |
7 |
3 |
7 |
1 |
6 |
2 |
5 |
4 |
5 |
2 |
|
AQUARIUS |
2 |
6 |
1 |
7 |
3 |
7 |
1 |
6 |
2 |
5 |
4 |
5 |
|
PISCES |
5 |
2 |
6 |
1 |
7 |
3 |
7 |
1 |
6 |
2 |
5 |
4 |
W |
ah! Tu dia…nampaknya kamu dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu….Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kamu memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kamu berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kamu berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kamu berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kamu tension dan bergolakkan. Namun kematangan kamu berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kamu tangkis dengan mudah.
NOMBOR 2 -
SALING MEMAHAMI
D |
alam sesebuah
perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu
kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama.
Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu
memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan.
Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan
untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia
menguasai dirimu. Mungkin
komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan.
Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan
dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu
hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik
bertindak dulu. Tapi
berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.
B |
aguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya kamu sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan kamu hingga boleh menjejaskan dirimu sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta kamu menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan kamu tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri kamu mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka kamu saja. Jadi, tak salah kalau kamu meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.
NOMBOR 4 – TIDAK KUKUH
TAPI MASIH MAHU BERSAMA.
P |
ersamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian.
Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua.
Walaupun sikap memberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana
perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap
pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan kamu, tidaklah mendatar saja
kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan
kamu. Ssusah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik
setiap detik dan setiap ketika. Pastinya
berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati
orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita.
Kalaulah perhubungan itu
menunjukkan tanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positif
bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah
secara matang, segala tindak tanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu
sendiri.
M |
ahu tapi EGO! Itu yang membuatkan kamu berdua sukar memahami antara satu
sama lain. Walaupun saling sayang
menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan kamu berdua sanggup
berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing.
Mungkin kamu boleh menipu orang lain yang kamu tidak memerlukan dirinya tetapi
bagaimana pula dengan hati serta perasaan kamu yang terlalu kuat mengatakan yang
kamu sayangkannya. Emmmmm…..jika
kamu benar-benar sayangkannya tak salah kalau kamu tunjukkan pada si dia tentang
perasaan itu. Nak buat apa
sembunyikan kerana kamu sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu.
Kikiskan keegoan itu demi kebaikan kamu sendiri dan terimalah hakikat
yang kamu berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan
menyesal kemudian hari pula.
NOMBOR 6 – KURANG
HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.
W |
alaupun kamu masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni.
Persengketaan dan ‘perang mulut’ kerap terjadi kerana kamu berdua
salang tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi
rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi
kamu kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya.
Untuk memastikan perhubungan kamu berjalan lancar dan tidak tergores dek
perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah kamu bertolak ansur dan memahami si
dia. Bukannya apa kamu tentu tak
mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah
selamanya walaupun kamu sentiasa bersikap ‘panas hati’ bila melihat si dia
hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan
perkara kecil menjadi besar. Orang
kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah
semaraklah ia. Jadi kenalah siram
dengan air…..pandai-pandailah kamu yea….
NOMBOR 7 – TIDAK
SERASI LANGSUNG
H |
uarghhhhhhhhhhh……Janganlah
menangis…Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam
persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila kamu berdua mengambil
keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila.
Declarewar! Isy……sekurang-kurangnya kamu masih boleh bersahabat dan manalah
tahu kalau jodoh kamu kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula.
Siapa tahukan! Jika kamu benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia
supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta kamu itu dengan air wangian
sesuci kasih sayangmu itu., Jangan
pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian
lama bertakhta di kotak fikiranmu. Mungkin kamu berdua patut menyepikan diri
buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula.
Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup kamu.
Bukankah kamu mahu si dia menemani kamu sepanjang hayatmu?
Psstttttttttt......
Emmmmm……bagaimana
dengan kamu? Apakah pasangan kamu serasi dengan kamu?
Jangan terlalu percaya pada fakta ini 100% kerana tidak semestinya betul. Jika betul…itupun hanya sekadar kebetulan sahaja. Semoga anda mencuba..........