Perasaan
wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah, menyebabkan dia
lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada di sebelahnya
menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan
marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula.
Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami
dirinya.
Apa Yang Wanita Harapkan
1.Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak
diadili dan dibiarkan.
2.Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan
tidak dipentingkan.
3.Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih
dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak
selamat.
4.Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari
dan ditekan.
5.Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk
dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai.
6.Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia
rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.
7.Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak
disokong, tidak dicintai dan kecewa.
8.Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi
lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.
Selamat memperbaiki diri anda dari semasa ke semasa demi menggapai impian
rumahku syurgaku...