KENALI SENJATA WANITA

Airmata

Airmata perempuan memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa
belas ihsan sama ada ketika ditimpa kesusahan atau tatkala meminta sesuatu
yang susah didapati.

Senyuman

Dengan senyuman manis, perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki. Senyuman
seorang isteri melembutkan hati suami yang keras atau sedang marah.


Tuturkata

Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta
sesuatu yang dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi
semangat kepada suami.


Berhias

Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki. Dengan kecantikan wanita
mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya perkara sedemikian dilakukan
kepada suami, tenteramlah suami ketika di rumah.

Pandai

Pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki. Apabila si isteri
lakukan kepada suaminya, pasti kasih sayang akan sentiasa mekar