KeLu LiDaH
Lidah kelu disaat kematian.
Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yg tidak kita ketahui.
Cuba
kita amati?Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa, lidahnya
kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
" Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan berkata
apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati
azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri mengapa azan kita tidak
boleh mendiamkan diri !!! Lantas sesiapa yg berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak. Kita takut dgn kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat
mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yg mana sesiapa yg dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu
marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kpd Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa
sedang dicabut.
"Ya Allah..anugerahkanlah kematian kami dgn kematian yg baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah Lailahaillallah..semasa sakaratul maut menghampiri kami amin..amin..amin
Yarobbal
a'lamin.."