
RAHSIA TULISAN
Ada orang yang
bentuk tulisannya tidak pernah berubah ubah sejakdari dulu lagi. Ha..itu
menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar
untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya
yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah,
bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan
personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual.Dari segi membuat
sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah
sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas.Manakala
mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk
berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi
keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.
KECONDONGAN TULISAN
TEGAK
Sekiranya tulisannya
itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin,
bertanggungjawab,
pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat
menyenangkan. Dia juga
mampu membuat keputusan dengan wajar dan
tepat.
CONDONG KE
KANAN
Orangnya bersikap
terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau
hubungan cinta. Namun
dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan
tunjuk ajar daripada
orang lain dalam apa juga yang dilakukannya.
Dalam erti kata lain,
mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang
diambil dan memerlukan
pendapat dan pandangan orang lain untuk
menyakinkan diri
mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan
cepat bosan jadi sebab
itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu
lama!
CONDONG KE KIRI
Wah! Rupanya dia ini
seorang yang sensitif walaupun mungkin dari
segi luaran nampak dia
ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu,
dia juga seorang yang
amat berhati-hati dalam apa juga yang
dilakukannya kerana
dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di
kemudian hari nanti.
Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini
seorang yang cukup
setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!
BENTUK TULISAN
LEBAR
Ia menandakan bahawa
dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri
dalam pelbagai
persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar
mengembara sambil
bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam
menjaga hati
teman-teman.
TULISAN
KURUS
Ternyata dia akan
melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya
saja.
TULISAN
BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya
dia ni.
TULISAN BULAT
Ini menandakan dia
seorang yang suka bergaul dan penyayang.
BERSAMBUNG
Pemikirannya
berdasarkan logik.
BERCERAI CERAI
Segala tindakannya
lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
JARAK TULISAN
TULISAN
JAUH
Sekiranya dia
mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia
sukar didekati dan tak
suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya.
Bukan apa, jika dia
mungkin akan bersikap mengongkong atau
bergantung pada
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
TULISAN
RAPAT
Memang mudah untuk
berdampingan dengan dia ini kerana dia juga
berfikiran terbuka.
RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang
ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
RUANG KIRI KANANNYA
SAMA
Jarak ruang di kiri
dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya,
bermakna dia seorang
yang berfikiran optimistik.
RUANG MUKA SURAT
SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia
seorang yang amat sensitif sebenarnya!
RUANG MUKA SURAT
KANAN KECIL
Sememangnya dia
seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.
PENUH SATU MUKA
SURAT
Ternyata dia seorang
yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas
yang boleh dikongsi
bersamanya.

