RAHSIA HARI LAHIR WANITA

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman
silam, khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan
watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain
dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah
terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan
ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya.
Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah
sebagai kepercayaan 100%.


Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai
tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.


ISNIN


Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,
berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan
pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia
juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api
dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi
dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan
pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.



SELASA


Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi
menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai
mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa
mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang
lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia
juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan
dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada
tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan
pengawasan dalam banyak perkara.


RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan
berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam
bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2
tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai
berasmara.


KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan
kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka
diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat
kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun
dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum
bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk
rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai
mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh
terdorong ke lembah hina.


JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan
suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat
waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.
Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.
Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak
telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh
kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka
bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran,
teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka
berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,
suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai
berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,
tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak
tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan
dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun
suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka
dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik
orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya
tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah
suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak
mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya
tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.