pErSoNaLiti DiRi

Tambah yakin diri mengikut zodiak

 
   Yakin? Tak ramai orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dalam apa juga perkara yang dilakukan, pasti timbul pelbagai keraguan. Akhirnya terpaksa meminta pandangan dan pendapat daripada orang lain. Tak kisahlah jika sekadar inginkan pendapat orang lain tapi bila kamu bulat-bulat menerima pendapat mereka dan membuat keputusan berdasarkan pendapat orang lain, itu dah tak betul! Kadangkala kamu dah dapat jangka bahawa ia bukan keputusan terbaik untuk kamu tapi diteruskan juga kerana kamu tak yakin mampu membuat pilihan terbaik sendiri! Ingin tingkatkan keyakinan diri? Di sini kami ada sedikit tips. Ia boleh dilakukan dengan mengikut bintang kelahiran kamu. Zodiak-zodiak tersebut pula dibahagikan kepada empat elemen iaitu tanah, air, api dan angin.

Elemen tanah

Zodiak: Taurus, Virgo dan Capricorn.

Ciri-ciri yakin:

 Kamu seorang yang praktikal, penuh hati-hati dan tenang dalam apa juga situasi yang mendesak kesabaran. Selain itu kamu juga seorang yang banyak bersabar dengan karenah orang lain dan sangat gemar mendampingi orang-orang yang boleh dipercayai dan jujur. Kamu juga suka merendah diri dan tak suka menonjol diri tak tentu pasal. Kamu juga seorang pendengar yang setia dan seorang yang mengambil berat tentang orang-orang yang disayanginya. Namun kamu tak gemar berada dalam suasana yang terlalu sesak dengan orang ramai.

Tambah keyakinan:
  Ingat! Orang lain juga punya rasa tak yakin dalam diri mereka. Sekiranya kamu berada dalam sesebuah parti, cuba bertenang dan jangan berasa tertekan. Mungkin kamu rasa semua orang pandang kamu tapi sebenarnya tak! Jika kamu malu, orang lain tak akan menyedarinya asalkan kamu tetap berlagak selamba dan kelihatan tenang!

Tips tenang:
   Cuba mulakan perbualan ringkas dengan orang sekeliling. Sentiasa katakan 'Aku yakin boleh!" pada diri kamu sendiri!

Elemen air

Zodiak: Cancer, Scorpio dan Pisces.

Ciri-ciri yakin:
  Mereka ini dikatakan seorang yang bersifat romantis namun emosi serta sering menurut kata hatinya sendiri. Kadangkala mereka ini boleh menjadi terlalu sensitif dan emosi itu menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan logik. Mereka juga suka menolong orang atau mendengar masalah orang lain. Kelemahan mereka ini, kurang selesa bila pertama kali bersua dengan orang yang baru dikenali.

Tambah keyakinan:
   Sentiasa memuji diri sendiri kerana diri kamu juga punya banyak kelebihan. Tak perlu tunggu orang lain yang memuji kamu! Pujian ini membantu kamu menjadi lebih yakin.

Tips tenang:
   Setkan satu matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh waktu tertentu. Namun jangan sekali-kali menghukum atau menyalahkan diri sendiri jika melakukan kesilapan! Ingat, kamu pun hanya manusia biasa saja kan?

Elemen api

Zodiak: Leo dan Sagittarius.

Ciri-ciri yakin:
   Kamu seorang yang bersemangat dan sentiasa berusaha untuk bersikap 'friendly' dengan semua orang! Namun kadangkala sifat kamu yang agak lantang bersuara membuatkan sesetengah orang berkecil hati dengan kamu dalam diam-diam apatah lagi orang itu jenis yang sensitif!

Tambah keyakinan:
Cuba bertenang apabila berada dalam situasi yang tegang dan gementar. Sememangnya adalah normal jika terbawa-bawa dalam keadaan itu tapi belajarlah untuk belajar lebih tenang kerana ia akan mengurangkan tekanan dalam diri kamu dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri. Apabila terasa 'tension', mungkin kamu boleh bersenam seperti yoga atau berendam dalam haruman aromaterapi.

Tips mudah:
Sekiranya kamu dapati diri kamu sedang dalam keadaan gementar dan gugup, cuba tarik nafas dalam-dalam dan kira hingga lima. Pasti kamu akan lebih tenang!

Elemen angin

Zodiak: Gemini, Libra dan Aquarius.

Ciri-ciri yakin:

   Kamu sentiasa beringat-ingat dalam apa jua perkara yang dilakukan, pandai berkomunikasi dengan orang lain dan tidak menghadapi masalah sangat bila pertama kali berurusan dengan orang baru. Kamu juga suka mencari kelebihan yang dimiliki oleh seseorang individu dan ini kadangkala mengecewakan kamu apabila mereka tidak mempunyai kualiti sikap yang kamu kehendaki daripada mereka. Oleh kerana kamu seorang yang pandai bercakap, berurusan dengan sesiapa saja tak pernah menjadi masalah besar bagi diri kamu. Sifat kamu yang kurang pasti membuatkan kamu sentiasa tertekan. Oleh kerana kamu seorang yang bijak, kamu tidak suka bila orang lain bersikap 'kurang bijak' atau sambil lewa dengan kamu!

Tips mudah:
   Belajarlah untuk tidak terlalu bersikap 'demand' dan belajar untuk lebih relaks.