Nabi Musa Dan Penzina

Pada suatu petang yang tenang kelihatan seorang wanita berjalan
terhuyung-hayang. Pakaiannya serba hitam menandakan bahawa ia
berada dalam kedukaan dan kesedihan. Dia melangkah terseret-seret menuju ke
tempat kediaman Nabi Musa. Diketuk pintunya perlahan-lahan sambil
mengucapkan salam

Maka terdengarlah jawapan dari dalam, "sila masuk". Wanita cantik itu lalu
masuk sambil kepalanya terus tertunduk.Air matanya berlinangan sambil ia
berkata: "Wahai, Nabi Allah tolonglah saya agar Tuhan berkenan mengampuni
dosa keji saya." "Apakah dosamu, hai wanita ayu?" tanya Nabi Musa terkejut.
"Sungguh sukar, untuk saya katakan," jawab wanita itu. "Katakanlah. Jangan
ragu-ragu," desak Nabi Musa. Maka perempuan itu berkata dengan
tersekat-sekat: "Saya...saya
telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat. Hatinya terkejut.
Perempuan itu meneruskan kata-kata,"Dari penzinaan itu saya pun hamil.
Satelah anak itu lahir. Saya terus..cekik sampai mati."

Nabi Musa merah matanya. Dengan nada marah ia mengherdik:"Perempuan sial!
Keluar kamu dari sini agar bala Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana
perbuatan mu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil mengalih matanya kearah lain.
Perempuan berwajah sayu itu dengan hati bagaikan kaca jatuh ke batu, hancur
luluh, bangkit dan melangkah keluar dari kediaman Nabi Musa. Tak tahu, mana
hendak mengadu lagi.Bahkan, dia tak tahu ke mana arah yang harus ditujuinya.
Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia
lain akan menerimanya? Tergambar olehnya betapa besar dosanya. Betapa jahat
perbuatannya.
Setelah wanita itu meninggalkan kediaman Nabi Musa. Malaikat Jibril turun
menemui Nabi Musa dan bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang
mahu bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar
daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. Dosa apakah yang lebih besar dari
kehinaan wanita penzina dan pembunuh itu?
Lalu Nabi Musa bertanya dengan perasaan ingin tahu kapada Malaikat Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar dari dosa perempuan yang hina itu."
"Ada," jawab Jibril dengan tegas."Dosa apakah itu? "tanya Nabi Musa semakin
ingin tahu.

"Orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang
itu lebih besar dosanya daripada seribu kali berzina."jawab Jibril. Setelah
mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil semula wanita itu
mengadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan
dengan khusyuk untuk berdoa memohonkan keampunan kapada Allah terhadap
perempuan itu.


Moral
1. Jangan meninggalkan sembayang dengan sengaja.

2. Tuhan pasti menerima taubat orang yang bertaubat dan menyesali dosanya
dengan bersungguh-sungguh.