12 KEADAAN YANG AKAN DIBANGKITKAN PADA HARI QIAMAT

Daripada Muaz bin Jabal, sesungguhnya beliau telah bertanya kepada Baginda
Rasulullah S.A.W mengenai kebangkitkan semula. Maka menangis Rasulullah
sehingga basah bajunya seraya bersabda: 'Wahai Muaz, sesungguhnya engkau
telah bertanya kepada aku mengenai perkara yang paling besar. Yang mana umat
aku akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dalam dua belas gambaran'.

P e r t a m a
Akan dibangkit dari kubur dengan tanpa tangan dan kaki. Bertanya Muaz,
apakah dosa mereka, ucap Rasulullah S.A.W: Itulah mereka yang menyakiti
jiran.

K e d u a
Akan dibangkit dengan rupa seekor babi yang hitam. Para sahabat bertanya,
apakah dosa mereka? Jawab Baginda: Itulah yang melengah-lengahkan solat lima
waktu.

K e t i g a
Mereka yang tidak mengeluarkan zakat akan dibangkitkan dari kubur dengan
rupa perut yang buncit seperti bukit yang dipenuhi dengan ular dan jengking.

K e e m p a t
Satu golongan yang akan dibangkitkan dengan rupa buruk serta darah dan nanah
yang mengalir dari mulut mereka. Baginda Rasulullah S.A.W menerangkan itulah
mereka yang menipu dalam urusan jual beli.

K e l i m a
Akan dibangkitkan dengan bengkak-bengkak dan baunya lebih busuk dari bangkai
manusia. Sahabat bertanya lagi siapakah itu? Rasulullah S.A.W menjelaskan,
itulah mereka yang menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,
sebaliknya tidak takut akan Allah SWT.

K e e n a m
Akan dibangkitkan dari kubur mereka dengan rupa sahabat. Rasulullah S.A.W
menyatakan, itulah golongan saksi yang bohong.

K e t u j u h
Akan dibangkitkan daripada kubur dengan rupa yang buruk tanpa lidah serta
mengalir nanah, darah dan air busuk dari mulutnya. Siapakah mereka? Jawab
Rasulullah, itulah mereka yang tidak mahu menjadi saksi kepada kebenaran.

K e l a p a n
Akan dibangkitkan daripada kubur mereka dengan rupa hitam mata biru dan
perut mereka bersinar-sinar dipenuhi api neraka. Siapakah mereka itu? Jawab
Rasulullah S.A.W itulah mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

K e s e m b i l a n
Akan dibangkit daripada kubur mereka dengan rupa terbalik yang mana berjalan
dengan kepala dan kali sebelah atas. Dosa apakah mereka itu wahai
Rasulullah. itulah mereka yang berzina kemudian mati tidak bertaubat.

K e s e p u l u h
Akan dibangkit daripada kubur mereka dengan rupa hodoh di mana penuh dengan
penyakit sopak balar dan kurap. Siapakan mereka itu. Jawab Rasulullah, ituah
mereka yang derhaka kepada ibu bapa mereka.

K e s e b e l a s
Akan dibangkit daripada kubur mereka dengan buta hati, mata, gigi mereka
seperti tanduk kerbau, bibir mulut mereka besar hingga menutupi paras dada,
lidah mereka panjang hingga sampai atas perut dan paha, manakala keluar
daripada perut mereka air nanah dan darah yang busuk. Siapakah mereka itu.
Jawab Rasulullah SAW, itulah mereka yang meminum arak.

K e d u a b e l a s
Akan dibangkit dari kubur mereka dengan rupa bercahaya mukanya seperti bulan
penuh purnama dan berjalan atas titian Siratun Mustaqim seperti kilat
menyambar. Siapakah mereka itu, bertanya sahabat. Itulah mereka yang
sentiasa melakukan perkara baik. Mereka itu menjauhkan perkara maksiat,
mereka itu menjaga sembahyang lima waktunya dan mati selepas bertaubat,
syurgalah balasan yang baik bagi mereka. Kita sebagai umat Islam seharusnya
insaf dan sedar, sesungguhnya kehidupan yang kita lalui ini hanyalah
sementara sahaja .Lantaran itu, janganlah kita terpedaya dan hanyut dalam
keenakkan dan keseronokan dunia sehingga kita melupakan tanggungjawab kita
sebagai hamba Allah SWT.

Lakukanlah amalan-amalan yang boleh meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
SWT, dalam pada masa yang sama mempergunakan dunia ini sebagai jambatan
menuju ke negeri yang kekal abadi.