KAIL DAN IKAN, AIR DAN TAKUNGAN

Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. jgn sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah jua setelah kamu memberikan banyak pengharapan kepada seseorg...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. jgnlah
sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... krn dia akan terluka
oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air, biarlah berpada... jgn terlalu berharap pada
takungannya... dan janganlah menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar
keperluanmu... Apabila sekali ia retak... tentu sukar sekali utk kamu
menampalnya semula... akhirnya ia dibuang... sedangkan jika kamu cuba
membaikinya semula... mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorg... terimalah dia seadanya... janganlah
kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa.. Apabila sekali melakukan kesilapan... bukan
mudah bagi kamu utk menerimanya... akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan,
jika kamu memaafkan, boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik..
.