Istimewanya Wanita 

 
" Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa 

istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. 

Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat 

untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah. "

 

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang 

lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. 

akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa 

dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

 

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang 

lelaki yang tidak soleh. 

 

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

 

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

 

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya 

seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan 

orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas 

tubuhnya. 

 

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke 

rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti 

bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. 

Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia 

memerdekakan anak Nabi Ismail a.s. 

 

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan 

kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada 

hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa 

Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon 

ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas 

dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari 

seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti 

darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada 

Allah selama haidhnya. 

 

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama 

aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga. 

 

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara 

perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia 

bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan 

penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga. 

 

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu 

daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, 

maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 

 

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

 

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah 

panggilan ibumu dahulu. 

 

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup 

pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari 

mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung 

diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar 

baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta 

menjaga sembahyang dan puasanya) 

 

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. 

siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, 

"Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah 

s.a.w. "Ibunya". 

 

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa 

wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada 

suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia 

kehendaki. 

 

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka 

Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada 

suaminya(10,000 tahun). 

 

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka 

beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan 

baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 

1,000 kejahatan. 

 

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 

80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

 

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 

 

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 

 

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah 

s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah 

s.w.t. 

 

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa 

dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala 

haji. 

 

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada 

dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

 

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan 

dikira sebagai mati syahid. 

 

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya 

(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu 

yangdiberikannya. 

 

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), 

makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga 

wajibbaginya. 

 

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, 

Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 

 

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana 

menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 

orang hamba. 

 

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak 

yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila 

diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

 

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah 

mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu 

kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta 

keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya. 

 

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki 

yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama 

seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan 

baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja 

tanpa dihisab. 

 

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, 

disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya 

atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan 

hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada 

suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan 

tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya 

pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat 

kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya 

atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu 

melainkan Nabi-nabi. 

 

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang 

siangdan malamnya menggembirakan suaminya. 

 

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya 

melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh 

rahmat. 

 

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 

tahun solat. 

 

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam 

keadaan letih akan medapat pahala jihad. 

 

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 

tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat 

pahala tola perak. 

 

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya 

membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh 

api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 

 

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang 

buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia 

menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga 

suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, 

maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya 

matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada 

perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya). 

 

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi 

jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda 

lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab 

mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah 

dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan 

berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat 

orang lelaki. 

 

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan 

didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan. 

 

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan 

berkatkan rezekinya. 

 

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala 

seperti meyapu lantai di Baitullah. 

 

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika 

membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api 

neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 

 

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan 

mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat 

dan memadamkan seratus perbuatan jahat." 

 

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang 

dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas 

tahta di hari akhirat." 

 

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan 

kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan 

baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 

orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak 

berpakaian." 

 

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut 

anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri 

anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak 

helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat 

dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang 

memerhatikannya." 

 

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan 

rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah 

akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah 

baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah 

taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya 

kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat." 

 

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 

80 tahun ibadat. 

 

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah 

dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun 

lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan 

bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu 

suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 

 

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di 

akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati 

auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

 

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita 

(isteri) yang solehah. 

 

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat 

perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas 

kahwin). 

 

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau 

memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah 

ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga 

harta engkau dan dirinya. 

 

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah. 

 

PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA 

 

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah 

mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan 

kewajibannya atau tidak). 

 

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya 

sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta 

ampun). 

 

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar 

melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia 

adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah 

zina. 

 

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas 

urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh 

iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar 

mendongak syaitan memandang akan dia. 

 

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat 

wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual 

beli). 

 

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama 

isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang 

seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. 

menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, 

"Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" 

Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya." 

 

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk 

suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat 

tiada Nur baginya. 

 

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung 

suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan 

tersenyum mesra pada suaminya. 

 

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya 

ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang 

lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya. 

 

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah 

dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya. 

 

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika 

terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak 

melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya. 

 

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi 

ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam 

laknat oleh malaikat ke pagi. 

 

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati 

suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat 

juga laknat manusia sekalian. 

 

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika 

diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada 

suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka. 

 

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari 

Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat 

kebelakang tengkoknya. 

 

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, 

kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan 

kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, 

"Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita 

mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat 

baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan 

cukup." 

 

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka 

menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa 

terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau 

kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak 

bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu 

adalah dalam nikmat suaminya." 

 

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 

kaliganda seorang lelaki di dalam syurga. 

 

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat 

Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah 

s.a.w. : 

 

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi 

kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, 

mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja 

rumah. 

 

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan 

melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu 

mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.) 

 

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya 

:Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 

tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.) 

 

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya 

:bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan 

mengumpat.) 

 

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka 

sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, 

alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah. 

 

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. 

bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 

7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :- 

 

a. Orang yang gemuk tapi kurus 

b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang 

c. Orang yang alim tapi jahil 

 

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh 

badannya tetapi kurang ibadat. 

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup 

pakaiannya tetapi tidak taat agama. 

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram 

kerana kepentingan peribadi. 

 

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada 

puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau 

akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan 

berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah 

suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia 

akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai 

lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia 

dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan 

mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka 

jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan 

hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia 

mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang 

indah sahaja pada dirimu. 

 

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya 

memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- 

 

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah 

baik-baik fikiran mu. 

b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan 

mu. 

c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. 

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. 

e. Ingat kepada Allah s.w.t. 

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. 

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu. 

h. Ingat kepada mati. 

 

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada 

suaminyaseperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :- 

 

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk 

jimakatau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. 

b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau 

pun tidak. 

c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. 

Dibolehkankeluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak 

mampu mengajar. 

d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. 

e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika 

suamiingin masuk. 

f. Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami. 

g. Minta talak. 

h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. 

i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. 

j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. 

k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak 

disukaioleh suaminya. 

 

24. Wajib bagi wanita :- 

 

a. Mengekalkan malu pada suaminya. 

b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. 

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. 

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. 

e. Berdiri menyambut kedatangannya. 

f. Berdiri menghantar pemergiannya. 

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. 

h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. 

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. 

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. 

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. 

l. Memuliakan keluarga suaminya. 

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. 

n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung 

padaredha atau tidaknya suami padanya. 

 

Nota dari penyusun : 

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam 

kehidupanseharianuntuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam 

rumahtangga. Apabila adasuasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan 

nusrah (pertolongan) dariAllah akan datang. Rumahtangga dirahmati 

Allah, keberkatan dalam kehidupankita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 

pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :- 

 

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat 

ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau. 

 

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran 

hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk 

membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa 

keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap 

ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya 

dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas 

Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan 

takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu 

Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la 

hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X 

danberistighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - 

doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak 

makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb. 

 

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu 

agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua 

ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti 

duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan 

berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : 

Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini 

adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. 

Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam 

ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika 

tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar. 

 

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah. 

 

5. Hidup sederhana. 

 

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama 

dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar 

kampung halamankita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita. 

 

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini 

dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga 

untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada 

suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke 

atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan 

berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap 

umat islam untuk kesempurnaan Imandan Islamnya. Semuanya itu menjadi 

penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah. Waallahu'alam. 

 

Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan 

yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga 

Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita 

kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan 

sampaikan kepada yang lain. Insya Allah. 

"