ImAn

Iman merupakan sendi utama bagi Muslim/Muslimat. Ia
diibaratkan sebagai
penyambung diantara satu tulang kepada tulang yang
lain.

Ibadat ada 3 bahagian.
1. Hanya ibadat sahaja.
2. Beribadat hanya untuk cari keredhaan.
3. Beribadat banyak tetapi masih lagi rasa kurang.

Untuk meningkatkan keutuhan iman supaya lebih mantap
dan cekal, banyakkan
basahkan lidah dengan berzikir yang merupakan makanan
dan penyubur roh kita.
Terdapat beberapa cara untuk kita meningkatkan iman
ialah dengan berzikir
sekurang-kurangnya baca bismillah.

Fadhilat-fadhilat bismillah
1. Membaca Bismillahirahmannirhim (19 kali) sebelum
keluar rumah - untuk
melembutkan hati kita
atau orang lain.

2. Baca Bismillah sebanyak (21 kali) sebelum tidur
- mati dalam ketenangan/tidak terkejut.
- dapat menghindarkan malapetaka bacaan ini hendaklah
dilafazkan senafas,
insyallah, sekiranya
dilakukan perkara diatas dengan izin Allah dapat
menghindarkan
perkara-perkara yang
dinyatakan.

3. Baca Bismillah sebanyak (100 x) 3 hari
berturut-turut tanpa putus.
Fadhilatnya : Menyembuhkan segala penyakit termasuk
penyakit lalai dan
lupa, Insya-Allah.

4. Baca Bismillah ketika masuk kerumah sebanyak (1
kali)
Fadhilatnya : Insya-Allah rumahtangga akan bahagia.

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
subhanallah Taala untuk
muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan
isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah
seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak.
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/ orang yang
berguna dengan
didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat
pahala dan menjadi
benteng dari api
neraka. Dan sekiranya isteri berkahwin lain suami yg
meninggal itu tetap
dapat pahala
sekiranya didikan isteri pada anak-anak berterusan
dengan baik

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kpd Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya terus masuk syurga