IbU
Ketika
berusia setahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara
kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila
berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan
lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh
rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke
lantai.
Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap
terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan
terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita
ucapkan terima kasih dengan menjerit : Tak nak ! Taknak !
Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.Cara mengucapkan
terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan
mengotorkan pakaian ibu.
Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih
kepadanya dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana
sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan
terima kasih dengan menonton televisyen.
Menjelang
usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup
aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu
tidak sesuai zaman sekarang.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang
persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan
tidak menulis sepucuk suratpun.
Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan
ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita
diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan
bersuka ria bersama kawan-kawan.
Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian ,
menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.kita hanya ucapkan
selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata Itu
bukan urusan ibu.
Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya kita
kata saya tidak mahu jadi seperti ibu.
Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di
belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan perabot pilihan ibu aku tidak cantik,
tidak berkenan aku!
Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan
mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan
merungut ibu , tooooolongglah .
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis
perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan
kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai
penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, itu dulu, sekarang zaman moden...
Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di
kampung.. kita berkata kami sibuk, tak ada masa nak datang
Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita
bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada
anak-anak.
Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu
bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap
ibu menerpa satu persatu.
Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya.
Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.