7
perkara yg menghairankan Saidina Usman Ibn Affan r.a.
1). Aku
hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi
masih ketawa.
2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,
tetapi masih mencintainya.
3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi
menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada
perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih
melakukan dosa.
6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi
masih mengingat selainNya.
7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya.
Usman Ibn Affan
r.a.