RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI


Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di
sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?

Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang
kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya
terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap
kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi
wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?

Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap
pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami
persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok
apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap
si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg
berbeza lagi tersendiri.


Ciuman atau Kucupan pada Tangan

Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia
menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan
akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang
tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak
terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid
terhadap gurunya dan seterusnya....

Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah
lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu
menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati
wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi

Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di
dahi. Apakah tandanya?
Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia
begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan
getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.

Ciuman Sayang

Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada
anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu
maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman
sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam
suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari
kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan
anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua
pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah
anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda.
Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya,
bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang

Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah
belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda
menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini
menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun
terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati
kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut

Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda
terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan
pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal
ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada
setiap kemahuan anda.

Ciuman Di hujung Kaki

Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam
sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar
melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki
yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu
merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh
diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai
berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda
sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa
pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.