CiNTa SeBuah Bas

Teori ni saya temui semasa saya sedang menanti bas. Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas  tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak... "Eee...penuhnya...tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang  pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap... "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg  tadi tapi kali ni awak kata... "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas  yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung  dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi,selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg  awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt  pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik,  mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu  peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada  bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak  dan terus berlalu tinggalkan awak! terus-terang saya  katakan, ia berlaku  pada saya beberapa kali. Hahahaha....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya  lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: marilah kite tunggu bas...tak payah naik kereta... hehehehheheheeee.....