CiNtA
SeJaTi
Istilah "CINTA"
sering disalah ertikan oleh setiap hamba Nya. Sebenarnya
C.I.N.T.A. itu bermaksud C=Cinta I=Itu N=Nafsu T=Tanpa A=Allah. CINTA yang
dilafazkan bukan kerana Allah hanyalah lafaz yang tidak bermakna. Kasih,
sayang, cinta, dan semua perasaan yang terbit dari hati semestinya
dimangkinkan dengan lillah agar ia menjadi satu yang berbentuk ibadah umum.
Sekiranya pelafaz itu melafaz kata CINTA dan tidak disandarkan dengan rahmat
Allah maka cinta itu laksana mencurah minyak ke dalam api yang sedang
menyala dan seterusnya akan memudaratkan manusia.
Cinta pada dunia, dunia akan pergi, Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi. Hari ini kita begitu
asyik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada
kekasih. Sehinggakan Laila Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga
mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di
sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan. Tapi kita kurang
rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tapi tak pernah
melaksanakan tanggungjawab kepadaNya.
Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita
pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan.
Adakah itu bukti cinta kita pada Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga
sahaja, ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang
dipanggil cinta abadi kepadaNya? Amalan kita hanyalah ala kadar saja.
Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh
lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang
dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya. Tanda-tanda
cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.
Apa yg kita nak bincangkan dan kongsikan, adalah hikmah cinta. cinta adalah
dorongan dari perasaan sayang kita kepada Yang Maha Pencipta, apabila
perassan ini timbul sudah tentu kita hendak melakukan yg terbaik untuk
Allah.Bagaimana pula cinta dengan makhluk.?.apabila persoalkan persoalan
cinta...apa yg terbayangkan di fikiran kita adalah 'couple'. sesungguhnya
cinta itu adalah sangat suci kerana banyak hikamah dalamnya. antara yg
terbesar ialah 'jihad' iaitu apbl perassan rindu itu wujud sudah tentu kita
nak jumpa ngan pasangan kita kan! ttp jika kita menahan untuk tujuan itu
semata-mata takut akan berlaku maksiat sudah dikatakan melwan nafsu.
Bukankah kita telah melakukan jihad kerana Allah. itu adalah 1 contoh dlm
b'cinta. Tetapi kenapakah cinta itu disalahgunakan oleh mereka2 di luar
sana?? marilah kita muhasabah diri. cinta itu boleh mendekatkan diri kita
kepada Allah an boleh juga menjauhkan diri kita padaNya. tepuk dada tanyalah
iman.
Semamangnya cinta pada Allah itu sangat perlu kita utamakan...kerana cinta
Allah itu adalah cinta yang kekal dan abadi...dan kita tak boleh nak nafikan
bahawa cinta sesama manusia itu juga perlu..semamangnya cinta kepada sesama
manusia itu lebih banyak buruknya daripada baiknya..jadi, apabila timbulnya
rasa cinta sesama manusia, kita yang berada dalam situasi itu seharusnya
menjaga segala batas² yang telah ditentukan oleh syarak, kalau kita lihat
senario sekarang ini kebanyakkan mereka yang bercinta tidak pandai hendak
menjaga segala batas yang telah ditentukan. Ini semua adalah berpunca nafsu
semata². Mereka bercinta bukan atas dasar keikhlasan tetapi NAFSU. Firman
Allah yang bermaksud "sesungguhnya nafsu itu lebih membawa kepada fahsyak
atau mungkar". Justeru itu kawal diri kita daripada dikuasai oleh nafsu.
Apabila nafsu mengatasi diri dan pemikiran kita maka pastinya kita akan
terjerus kelembah yang dihina disisi Allah