BUTA
CINTA Sesat di Dunia, Merana di Akhirat
Di sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001..
Para pekerja yg sibuk memebersihkan kawasan tmn rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yg masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedic begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda mudi yg terperangkap di dlm sebuah kereta di tmn tersebut. Nahas bg pasangan merpati 2 sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dlm keadaan yang sungguh tragic.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dgn keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dlm keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggungjawab memisahkan antara 2 jasad tersebut. Begitu “mengharukan”! Di dlm kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; “Tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta “sejati” yang “suci’ ini kerana org tua tidak merestui hubungan cinta mereka. ASTAGHFIRULLAH…!
Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau…
Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.
Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun, apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.
Setelah selesai menunaikan solat, Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “ Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah?” Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata “ Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!” Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu Bakar dapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.
Lalu bagaiman tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya. SUBHANALLAH!!!
Alkisah…
Ada seorang seniman yang amat mencintai jirannya. Suatu ketika si gadis disuruh keluraganya pergi ke kampung lain utk suatu keperluan. Pemuda itu mengambil kesempatan ini dengan mengekori si gadis dari belakang dan apabila sampai di tempat yang sunyi pemuda tersebut mengajak si gadis utk bercengkarama bersama. Tapi, apa kata gadis itu?
“Jangan” katanya. “Sebenarnya aku juga sangat mencintaimu melebihi cintamu kepadaku. Tapi aku takut pada Allah!” Dunia berpusing laju. Demikian perasaan si pemuda ketika mendengar pengakuan tulus si gadis. Hatinya tiba-tiba gementar, kerongkong terasa kering dan jantungnya berdegup lebih kencang. Dan dalam keadaan gementar bibirnya bergerak-gerak, “Kau…kau takut kepada Allah….Mengapa aku tidak?”
Dlm Keadaan penuh penyesalan, akhirnya pemuda tersebut kembali ke kg. Dan bertekad utk bertaubat dari perbuatan yg hampir saja membawa petaka. Tapi malangnya di dlm perjalanan ia kehabisan bekal dan kehausan. Bahkan hampir mati ketika akhirnya Allah menolong pemuda itu dengan lalunya seorang soleh di situ. Selepas menolong pemuda tersebut, mereka pun berjalan bersama-sama.
Aneh, selama dalam perjalanan, awan sentiasa menaungi mereka dari teriknya matahari gurun pasir. Fikir si pemuda “mungkin inilah barakah berjalan bersama dengan orang soleh”. Namun ketika mereka berpisah ternyata kelompok awan memilih menaungi si pemuda dan bukan orang soleh itu. Org soleh itu hairan dan mengikuti pemuda itu dari belakang. Setelah sampai pada tujuannya barulah orang soleh itu bertanya apa gerangan yang telah ia lakukan sehingga memperolehi kemuliaan dari Allah SWT. Pemuda yang baru bertaubat itu kemudian menceritakan peristiwa dirinya dengan si gadis pujaan. Orang soleh itu tersenyum dan mengatakan, “ Memang Allah memberikan kedudukan yang istimewa kepada orang yang bertaubat yang tidak Dia berikan kepada org lain”.
Dlm sebuah hadis lain diriwayatkan…
Seorang penjahat yang ingin bertaubat masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah SAW sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang2 dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah berkata, “Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal/”
Setelah Rasulullah dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu utk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya.
Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya utk melakukan keburukan. Tiba-tiba, dia berhasrat utk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu, terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Ketika is sedang memulakan suapannya tiba2 ia teringat kata2 Rasulullah SAW siang tadi. Akhirnya ia tak jadi makan.
Tatkala beranjak ke bilik lain, ia menjumpai pula perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika hendak mengambilnya sekali lagi ia teringat kata kata Rasulullah. Lalu, ia membatalkan niat jahatnya. Setelah itu ia masuk pula ke bilik besar. Didapatinya janda mukminah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan, penjahat itu tergoda dan bermaksud untk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba teringat kembali kata2 Rasulullah tadi….”Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut kita sudah halal.”
Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu ia pergi meninggalkan rumah tersebut dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsu syaitannya.
Fajar mula menyinsing. Beliau pergi menunaikan solat Subuh di masjid. Kali ini dia dia bertekad. Beliau akan bertaubat di hadapan Rasulullah SAW. Setelah solat beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.
Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah SAW kejadian semalam di rumahnya. Walau pun tiada barang yang hilang namun beliau khuatir kalau2 pencuri itu hanya dtg meneylidik semalam dan akan dtang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon pada Rasulullah agar sudilah mencarikan orang yang sanggup menjaga rumahnya. “Kenapa kau hidup sendirian?” Tanya Rasulullah padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia.
Rasulullah SAW mengarahkan pandangannya pada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah bertanya pada lelaki tersebut (yang ternyata penjahat yang telah bertaubat) adakah beliau sudah beristeri? Setelah Rasulullah mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama2 malu. Tetapi Rasulullah yang arif kemudian mengikat kedua insane itu menjadi suami isteri yang sah. Dan…pecahlah tangis lelaki tu, lalu diceritaknnya kepada Rasulullah SAW peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.
Wanita itu keluar dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi hampir dicerobohi. Di sana makanan enak masih utuh seperti yang dilihat lelaki tersebut malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka dengan tidak ragu2 makanan itu disantapnya.
Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan ia boleh menggunakannya utk berniaga, tanpa haram sedikitpun. Sementara wanita janda cantik yg semalam hampir dinodainya kini benar2 sudah menjadi isterinya, berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
Lelaki tu berbisik sendiri di dalam hati, “Benarlah sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika sudah menjadi halal.”
Dipetik dari MIHWAR Bil 11 Tahun 2001 m/s 4-12