BaPa

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat
briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal
pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,
kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah
pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang
sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu
banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke
bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"Si ayah
mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan
tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila
ternampak duit itu, siayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada
duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil
menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah
bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup
duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak
beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin
nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

The moral of this story...
Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka
tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn
insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa
saja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan
mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang
sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.Tapi..keluarga, rakan2 yang kita
tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu
kehilangan sepanjang hidup mereka.....

Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?..
untuk insan yang kita sayang??