ANIS
SABRINA DALAM KENANGAN (21 march 2002 – 24 November 2002)
Anak
kami Anis Sabrina , 8 bulan telah kembali ke rahmatullah pada 24
November 2002 pukul 6.30 pm
di Katil No. 5 , Unit Rawatan Rapi (PICU) , Institut Pediatrik , HKL.
Anis Sabrina meninggal disebabkan serangan “Dengue Shock Syndrome” ,
ataupun denggi berdarah Grade IV, yang telah merosakkan keseluruhan organ
didalam badannya. Tetapi virus yang menyerang Anis ini baru ditemui dan
pakar-pakar perubatan tidak mengetahui punca sebenar virus ini..melainkan secara
kasarnya ianya hanyalah demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
Peringkat
demam denggi adalah dalam lingkungan 10 hari. 4 hari pertama merupakan demam
panas yang berpanjangan, masuk hari ke 5 , demam panas akan hilang. Kebanyakkan
kita beranggapan , bila panas dah hilang , demam dah baik, sedangkan hakikatnya
bagi demam denggi, hari ke 5 hingga ke 10 merupakan hari virus denggi mula
membiak. Sekiranya seseorang dapat bertahan hingga hari ke 10 tanpa menghadapi
komplikasi lain insyallah akan selamat , tetapi jika sebaliknya,,memang akan
menjadi korban, Dan anak saya terkorban pada hari ke 11 demamnya. Walaupun
melepasi tahap hari kritital 10 hari , namun virus telah menyerang keseluruhan
organ dalamannya sehingga gagal berfungsi.
Khamis
(14 November 2002)…..pukul 4.30 pagi (Hari ke 1 demam)
Seperti
kebiasaanya Anis akan terbangun bila saya bangun untuk bersahur. Dan pagi itu
Anis macam biasa , ceria dan bermain-main…sehingga saya selesai bersahur….kemudian
selepas subuh Anis tertidur semula. Saya seperti biasa bersiap untuk ke tempat
kerja..dan ketika mahu mengangkat Anis keluar dari bilik lebih
kurang pukul 7.45 pagi,,saya dapati badan Anis sedikit panas. Saya telah
berpesan kepada Pembantu rumah untuk memberikan Anis ubat demam. Di pejabat hati
saya resah. Saya seperti menjangkakan yang anis mungkin diserang denggi kerana
dikawasan ini banyak kes denggi. Sehingga petang saya kembali dari
bekerja..keadaan Anis masih panas. Saya terus membawa Anis ke Klinik untuk
mendapatkan rawatan…doktor mengatakan hanya demam biasa… dan mengingatkan
jika demam tidak baik sehingga hari Ahad , kembali semula ke Klinik untuk
membuat ujian darah. Keadaan Anis
tidak berubah…sekejap panas , sekejap hilang.Walaubagaimana pun Anis masih
mahu minum susu dan makan.
Jumaat
(15 November 2002 - Hari ke 2 demam)
Sabtu
(16 November 2002 - Hari ke 3
demam)
Ahad
( 17 November 2002 - Hari ke 4 demam)
Menjelang
pagi. Suhu badan Anis naik lagi…Selepas Subuh saya bawa Anis ke klinik sekali
lagi. Setibanya di Klinik..doctor mencadangkan Anis dibawa ke HKL , kerana kalau
ujian darah dibuat di Klinik , akan mengambil masa yang agak lama untuk tahu
keputusannya. Lagipun Ahri Ahad makmal ujian tutup. Saya pun terus membawa Anis
ke HKL, Unit Kecemasan. Keadaannya agak sedikit lemah..tapi masih lagi boleh
menyusu dan tertawa. Selepas membuat pemeriksaan,(pukul 9.45 a.m) doctor menahan
Anis di Wad , kerana disyaki menghidap denggi. Anis ditempatkan di Wad KK2 ,
Bilik No. 1. Hati saya mula tidak tenteram melihatkan terlalu ramai kanak-kanak
di wad itu yang diserang denggi.
Setibanya di Wad, doctor telah mengambil sample darah Anis untuk membuat ujian.
Oleh kerana Anis masih terlalu kecil , amat sukar untuk memasukkan jarum ke
badannya..untuk mengambil darah. Sehingga 5 – 6 kali mencuba baru berjaya.
Kesian Anis , lebam-lebam tanhgannya…Pukul
2.00pm , ujian darah diketahui , dan dari ujian berkenaan darah Anis
tidak ada virus denggi. Saya bersyukur…tetapi Anis diletakkan dlaam
pemerhatian kerana tanda-tanda
denggi ada padanya..seperti tidak lalu makan dan lemah badan.Walaupun begitu,
hati saya masih risau dan kuat mengatakan yang Anis dijangkiti denggi. Setiap 6
jam darah Anis diuji dan setiap kali itu saya menyaksikan Anis akan menangis
kesakitan…Kesian Anis. Malam tu Anis asyik tidur dan langsung tidak mahu makan
dan minum. Dia bergantung sepenuhnya pada drip air yang dimasukkan ke dalam
badannya. Kencing Anis juga semakin berkurangan. Menjelang tengah malam doctor
memberitahu yang memang confirm Anis telah dierang denggi , berdasarkan ujian
darah yang di buat petang tadi. Walaubagaimana pun masih diperingkat awal kerana
bacaam ujian Platelette menunjukkan
bacaan 195. (Normal antara 130 – 400) , tetapi Anis diletakkan dalam
pengawasan doctor , kerana tidak mahu melarat.
Isnin
(18 November 2002 – hari ke 5)
Keadaan Anis lemah, tapi masih boleh membuka mata dan bermain-main bila
diagah. Susu langsung tak mahu, yang mahu hanya menhisap putting. Pukul 8.00
pagi darah Anis diambil lagi. Kali ini doctor menyuntik lubang jarun
baru..kerana darah Anis terpaksa duji setiap 4 jam sekali. Sebelah tangan Anis
disuntik jarum untuk memasukkan drip air , dan sebelah lagi untuk merngambil
darah. Tak sampai hati asya meliohat keadan Anis ketika itu.Pukul 9.00 Doktor
P.G. Lim , Pakar Kanak-Kanak membuat pemeriksaan ke atas Anis..dan doctor
mendapati hati Anis sedikit bengkak.Doktor mengarahkan supaya Anis di X-Ray
untuk melihat keadaan paru-parunya. Hati sya semakin bimbang , namun saya hanya
mampu berdoa dan sambil berkata , yang Anis hanya demam biasa……semasa
menunggu giliran untuk di X-Ray, jarum ditangan kanan Anis terbuka..menyebabkan
darah keluar meleleh..sehingga membasahi baju saya dan Anis , dan diatas lantai.
Oleh kerana banyak darah yang mengalir , Anis kelihatan agak lemah. Hati saya
hanya Allah yang tahu. Selepas di x-ray Anis lebih banyak menghabiskan masanya
dengan tidur. Bila diangkat dia akan menangis. Didudukkan di atas katil , dia
tak dapat bertahan. Pukul 4.00 petang doctor membuat pemeriksaan sekali lagi…dan
doctor mengatakan yang paru-paru
Anis dimasuki sedikit air dijangkiti sedikit kuman. Hati Anis juga telah
membengkak 4 cm. Doktor mengarah
Anis dipindahkan Kebilik No. 7, untuk dibuat
lebih kerap pemerhatian keatasnya. Pukul 4.30 pm Anis dipindah dan
doctor lebih kerap mengambil darah. Anis hanya tidur ,, dan tidak
menangis. Menjelang waktu berbuka , Anis langsung tidak mahu membuka mata , dan
saya hanya meneguk segelas air untuk berbuka puasa , kerana tekak ini rasa telah
tersumbat untuk menerima sebarang makanan. Selepas solat Maghrib , saya cuba
menitiskan sedikit air ke mulut Anis menggunakan syringe ubat. Namun Anis
meluahkan balik. Pada pukul 7.30 malam saya cuba untuk mendudukan Anis , tapi
alangkan terkejutnya , Anis tiba -tiba muntah darah yang berwarna
kehitam-hitaman. Saya menjadi teramat panik. Saya menjerit memanggil jururawat
dan doctor . dan menelefon suami. Suami saya dalam perjalanan ke hospital. Saya
serasa hampir pitam melihatkan keadaan Anis. Setibanya
suami dihospital. Saya terus menyuruhnya memegang Anis, kerana saya tidak
sangup melihat keadaannya. Selapas tu Anis muntah lagi dengan meluahkan darah
seperti tadi, malahan kali ini lebih banyak lagi sehingga membasahi baju dan
juga cadar katil. Keadaannya semakin lemah. Tidak sampai 5 minit , Anis muntah
darah lagi….Doktor membuat keputusan untuk memindahkan Anis ke PHDW (Pediatrik
High Dependency Wad) atau semi ICU. Semasa dibawa Anis masih menangis lagi…dan
setibanya di PHDW, Doktor telah memasukkan segalam macam tiub di badan Anis.
Ujian Plattelette juga didapati semakin menurun iaitu , 55. Doktor mencucuk lagi
lengan kecil Anis untuk mencari salur darah yang baru, kerana yang sediada telah
tersumbat. Anis menangis dengan kuat , dan saya berlari keluar kerana tidak
sampai hati melihat keadan Anis. Kalaulah saya tahu yang itulah mungkin kali
terakhir saya boleh mendengar tangisan Anis , mungkin saya akan tunggu Anis.
Selesai semua tiub di masukkan ke tubuh Anis, Sel darah kuning (Platelette)
dimasukkan kedalam badan Anis , untuk membantu menambah kan sel darah kuning ,
bagi melawan virus tersebut , kerana hati Anis tidak berfungsi untuk
menghasilkan sel-sel darah. Pukul 12.00 malam doctor memberitahu keadaan nya
kritikal tapi agak stabil , dengan bacaan platelette hanya tinggal 29.
Walaubagaimanapun menurut doctor mungkin keadaan Anis akan berubah jika badannya
dapat menerima sel darah kuning yang dibekalkan , dan mungkin dapat dipindahkan
ke wad biasa.
Selasa
(19 November 2002 – Hari ke 6)
Pukul
6.00 pagi , saya melihat Anis tidur ambil menghisap putting. Memang sepanjang
masa di hospital Anis tidak boleh berenggang dengan putingnya. Suami pulang
kerumah kerana menyangkakan Anis semakin baik. Tetapi alangkan terkejutnya saya
apabila doctor memberitahu yang Anis terpaksa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi
(ICU) kerana mengalami maslah pernafasan dan juga Platelette yang semakin
menurun iaitu 16 , disamping hati yang mula kurang berfungsi dan semakin
membengkak sehingga 9cm. Tahap ini amat kritika kerana ia akan menyebabkan
pendarahan pada otak. Bantuan pernafasan yang diberikan tidak berkesan , kerana
bila Anis terjaga dari tidur dia akan cuba mencabut semua wayar dan tiub
dibadannya, jadi doctor mahu memasukkannya ke dalam ICU dan memberikan ubat
tidur supaya dia tidak menganggu segala macam alat yang dipasang ke dalam
badannya. Saya menelefon suami , yang ketika itu baru sampai dirumah , dan dia
bergegas semula ke Hospital. Pukul 8.30 am. Anis di pindah kan ke Unit Rawatan
Rapi (PICU) HKL. Saya hanya menghantarnya ke muka pintu , kerana doctor tidak
membenarkan ibubpa berada didalam semasa doctor membuat rawatan. Saya terdengan
tangisan Anis. Yang rupanya kali terakhir dapat didengar). Saya menanti diluar
ICU dengan keadaan yang amat tertekan sekali. Kerana saya dapat tahu ,pada pukul
7.00 am. Sebelum Anis dipindah kan ke ICU , seorang kanak-kanak berumur 9 tahun
meninggal dunia kerana masalah yang
sama macam Anis , dan kebetulan Anis ditempatkan di katil yang sama dengannya.
Namun sokongan ahli keluarga dan juga jururawat serta doctor telah menguatkan
semangat saya untuk melalui saat-saat getir ini. Hanya doa yang dapat saya
lakukan untuk menolong Anis. Hampir 3.5 jam menunggu , doctor masih belum
selesai menjalankan kerja-kerjanya. Kaum keluarga , sahabat handai ramai
mengerumuni ICU untuk melihat perkembanagn Anis. Pukul 1.00 tengahari doctor
keluar dari unit ICU dan menemui saya dan suami , untuk memberitahu pekembangan
Anis. Doktor memberitahu yang Anis telah “ditidurkan” dengan ubat tidur ,
dan pernafasan Anis diambil alih sepenuhnya oleh mesin dan komputer. Kami
dibenarkan melawat Anis. Hampir pengsan saya melihat keadan Anis. Dengan hanya
memakai “diapers” , tiub dan wayar berselirat ditubuhnya dan saluran
pernafasan dimasukkan ke dalam mulutnya. Satu tiub lagi dipasangkan dihidungnya
untuk mengeluarkan darah dari dalam badannya. Doktor memberitahu kami yang Anis
mengalami masalah saluran darah yang bocor, iaitu oleh kerana terlalu banyak air
yang dimasukkan ke dalam badannya dan Anis tidak boleh kencing menyebabkan ,
saluran darah yang ada tidak dapat menampung air yang ada di dalam badan Anis
sehingga berlaku kebocoran , dan air itu telah memenuhi keseluruhan ruang perut,
hati , paru-paru . Ditambah lagi
dengan keadaan buah pinggang Anis yang sudah tidak berfungsi menyebabkan dia
tidak boleh kencing sehingga menyebabkan badan Anis mengembang seperti
belon.Walaubagaimana pun sya lihat Anis seperti tidur. Mukanya bersih
seolah-olah dia tak sakit. Kesian Anis , dalam usianya dia terpaksa berhadapan
dengan kesakitan.
Rabu
(20 November 2002 – Hari Ke7 demam)
Khamis
(21 November 2002 - Hari ke
8)
Keadaan
Anis tidak berubah , dan amat kritikal. Doktor hanya meneruskan rawatan yang
sama. Oleh kerana denggi tiada vaksin , rawatan hanya berdasarkan permehatian
sahaja. Pada ketika ini nyawa Anis memang bergantung sepenuhnya pada mesin. Jika
bacaan mesin menunjukkann Anis kekurangan darah merah, doctor akan masukkan
darah merah, kalau kelurangan platelette , doctor akan masukkan , kalau kurang
air , tambah lagi, kalau kurang oksigen, tambah lagi bekalan oksigen. Begitulah
keadaan Anis. Sehingga anak saya yang dahulunya putih gebu , kini telah
membengkak , dan sedikit kehitaman. Sehingga pada suatu ketika berlaku
pendarahan dari mulut , dan hidung Anis , darah bercampur lendir dan
berbuih-buih. Saya teramat sebak. Sampai pada satu tahap badan Anis tidak dapat
menampung darah yang dibekalkan padanya, pada masa ini berlaku pendarahan dari
hidungnya. Doktor memberitahu , ini kerana bekalan darah telah overload sehingga
ia membuak keluar. Tetapi bekalan darah tak dapat dihentikan , kerana hati Anis
telah rosak dan tidak dapat berfungsi untuk menghasilkan sel-sel darah, Jadi
Anis bergantung sepenuhnya pada bekalan darah.Pemantauan ke atas Anis lebih rapi
lagi dengan setiap 2 jam dibuat ujian darah dan bermacam-macam ujian lagi.Badan
Anis juga mula kuning kerana hatinya tidak berfungsi lagi.
Petang
ini lebih kurang pukul 6.00 sedang saya duduk di hadapan ICU , saya telah
menyaksikan 2 kematian . Mayat 2 orang sedang ditolak dihadapan mata saya. Dan
saya tahu salah seorang dari mereka meninggal dunia kerana serangan denggi. Hati
saya mula berdebar , adakah saat untuk Anis akan tiba jua… ini kerana
sepanjang saya berkampung di HKL sehingga hari ini , saya telah menyaksikan 3
kematian kanak-kanak kerana denggi. Saya hanya berdoa semoga akan selamat dan
sembuh seperti sediakala, walaupun memang saya tahu saya akan pasti melalui saat
seperti itu jua.
Jumaat
(22 November 2002 - Hari ke 9)
Keadaan
Anis bertambah tenat. Pukul 2.00 petang doctor memanggil saya dan suami untuk
menerangkan keadaan Anis. Consultant Dr Hung , Paeditrician Dr PG Lim , Dr
Zamani , Dr Siti Aishah dan Dr Ismail telah menerangkan yang keadaan Anis
semakin tenat dan peluang untuknya sembuh adalah teramat nipis. Ya Allah inilah
dugaan yang paling hebat saya terima. Ini adalah kerana semua organ didalam
badanya telah rosak dan tidap dapat berfungsi. Kedua-dua buah pinggangnya rosak
, hatinya bengkak , paru-parunya berair dan berdarah serta dijangkiti kuman ,
tekanan darahnya rendah , pendarahan dalaman berlaku di di sana sini dan boleh
dilihat secara luaran memalui hidung dan mulut , badannya semakin mengembang ,
kekuningan dan agak sedikit kehitaman. Saya bertanya kepad doctor , oleh kerana
keadaanynya yang sedemikian , adakah doctor akan menruskan rawatan (pada saya
penyiksaan) kepadanya , doctor berkata mengikut peraturan doctor tidak boleh
menghentikan rawatan ke atas pesakit sehingga pesakit itu pergi dengan sedirinya.
Keadaan saya amat tertekan sehingga saya langsung tidak menjamah sebarang
makanan melainkan minum air selama berhari-hari , namun peliknya saya berasa
kuat walaupun tidak mengambil sebarang makanan.
Sabtu
(23 November 2002 -- Hari ke 10)
Sepatutnya
hari ni Anis telah melepasi tahap kritkal demamnya. Tapi apakan daya oleh kerana
berlaku terlalu banyak komplikasi dalam badannya , keadaan sebaliknya yang
berlaku. Pada tahap ini masalah denggi tidak ada lagi, yang tinggal hanyalah
komplikasi-komplikasi terhadap organ dalamannya. Pada hari ini doctor menemui
saya lagi dan memberitahu yang Anis semakin tenat…dan peluangnya amat nipis.
Sekarang ini tekanan darahnya terlalu rendah sehingga jantungnya
terpaksa dibantu dengan 5 jenis ubat untuk menguatkannya. Sistem badan Anis juga
terlalu lemah kerana darahnya kekurangan oksigen. Oksigen tidak boleh dibekalkan
terlalu banyak kerana paru-paru Anis tidak dapat berfungsi dengan baik dan jika
dibekalkan juga oksigen maka akan berlaku kemungkinan paru-paru Anis akan pecah.
Untuk mengelakkan ini berlaku doctor membuat pemantauan yang rapi dengan
membekalkan darah sedikit demi sedikit dan mengawal pendarahan dari berlaku.
Semasa sample darah diambil , warna darah dari badan Anis berwarna
kehitaman akibat kekurangan oksigen.Keadaan memang amat kritikal sekali..
Melihatkan keadaan Anis memang saya teramat sedih , dan hampir hilang akal.
Tetapi setelah saya berfikir kembali , jika ini hanya merupakan suatu penyiksaan
terhadap Anis , saye redha…saya merelakan dia pergi..tapi doctor kata jangan
mudah nmeyerah kalah , selagi ada jalan akan dicuba untuk menyelamatkan Anis.
Malam selepas solat maghrib , jururawat meminta saya tidak pergi kemana-mana
kerana mungkin masa Anis hampir tiba. Saya cuba kuatkan hati dengan membara
surah yasin dan ayat-ayat alquran di telinga Anis disamping memberikan kata-kata
semangat pada Anis. Walaupin Anis tidak sedar, tetapi naluri keibuan saya tahu
yang Anis mendengar apa yang saya katakan padanya.Saya habiskan banyak masa
dengan Anis sepanjang hari ini sehingga tengah malam….saya tidak dibenarkan
berada di dala ICU , kerana ketika itu Unit ICU sibut dengan berita pemisahan
kembar Siam Azami dan Azama. Oleh kerana itu keadan di ICU agak sibuk dan saya
mengambil keputusan menunggu diluar sahaja.
Ahad
(24 November 2002 – Hari ke 11)
Mujur
tidak lama selepas itu muncul Dr Abd. Halim…melihatkan pada keadaan Anis, dia
lantas memanggil saya dan suami dekat dikepala Anis , dan meminta jururawat
mengangkat Anis ke pangkuan saya untuk Anis menhabiskan hayatnya. Dan dengan
perlahan-lahan Doktor mencabut satu persatu penyambung hayat Anis…. Saya peluk
badan Anis, saya bisikkan ayat-ayat suci kepadanya. Saya katakan padanya
yang…mama dan ayah redha dengan pemergian Anis….pergilah sayang…mama dan
ayah relakan Anis pergi…pergilah dengan tenang Anis..jangan takut…Anis pergi
dulu..nanti Anis tunggu mama , ayah Iky dan Ika diakhirat.Ketika monitor yang
menunjukkan nyawa Anis hampir sampai keakhirnya , ayah saya iaitu datuk Anis
baru tiba dari kg. Dan sebaik saja datuknay mengucupnya Anis Sabrina pun pegi
dengan tenang menghadap ilahi…Saya masih tidak percaya yang Anis telah pergi…dan
apabila saya melihat monitor ….barulah saya pasti yang anak saya ANIS SABRINA
telah kembali kepadanya dengan keadaan yang menyayat hati…INNALILLAHI
WAINNALILLAH HIR RAJIUNNNNNN. Buat yang meyaksikan Anis Meghembuskan nafasnya ,
pasti tidak dapat menahan sebak…Selamat Anis….tenanglah Anis disana. Anis
pergi dengan disaksikan ahli keluarga saya dan suami , datuknya , cik gee, cik
som, cik lah ,cik rin, cik mah…mak lang , mak ngah, pak ngah, cik wan ,
radzwan , cih shah, jururawat dan doctor yang ada disekeliling Anis.Anis pergi
menghadap ilahi tepat pukul 6.30 petang dalam hujan renyai-renyai. Selamat
Tinggal Anak Mama ANIS SABRINA. Mama sentiasa sayang dan mengingati Anis
sehingga keakhir hayat mama…dan semoga kita dipertemukan disana.ANIS SABRINA
tetap kekal dalam ingatan mama , ayah , Iky , Ika dan semua saudara mara .
Mungkin ketika itu Anis telah mendapat ketenangan dan tidak merasakan kesakitan
seperti sebelumnya. Ini dapat saya lihat dari keadaan wajah Anis yang cukup
tenang, cantik dan teramat comel , berbeza sewaktu sedang tenat. Mungkin ini
juga kerana saya telah merelakan dia pergi, kerana sebelum ini saya seperti
tidak mahu kehilangannya, namun apabila difikirkan buat apa sya menyiksanya…dan
saya bedoa semoga dipercepatkan masa untuk Anis bertemu penciptanya. Selamat
tinggal anak mama….Mungkin selama ini Anis menunggu keizinan dan kerelaan dari
saya ibunya untuk meninggalkan dunia ini. Pergilah Anis……….
Jenazah
Anis dibawa pulang kerumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Malam itu merupakan
malam terakhir Anis tidur dirumah diatas katil Anis. Mungkin kuasa Allah ,
walaupin sewaktu nazaknya badannya hampir semua kehitamannya, sebaik sampai ke
rumah dan dibaringkan dikatilnya…lama kelamaan kulit nya kembali seperi biasa….malah
saya lihat Anis seperti tidur dengan nyenyaknya. Saya sentiasa disisi Anis
sepanjang malam. Semua yang datang melihay jenazahnya Anis mengatakan Anis
cantik , tidur dan terlalu comel. Anak saya Iky dan Ika sukat untuk menerima
kenyataan yang adiknya telah pergi. Sepanjang malam Iky disisi adiknya dan
terlena disisi jenazah adiknya. Dan dia tak henti-henti merenung adiknya…sehingga
tak bagi saya munutup wajah jenazahnya. Bertambah sedih bila dia bertanya ..berapa
lama Anis nak mati…bila dia nak hidup balik…dan kenapa mama tak bawa adik ke
Klinik untuk bagi adik hidup.
Pukul 9.00 pagi jenazah Anis dimandikan , Saya , suami , ditemani ustazah telah memandikan Anis buat kali yang terakhir. Terasa badannya amat lembut ,seolah-olah sedang tidur , dan berbau wangi. Kesian Anis , ada bahagia anggota badannya yang membengkak dan lebam-lebam. Sewaktu sedang dimandikan , badannya darih masih mengalir melalui hidung dan mulut. Ini kerana pembeku darah dalam badan Anis ridak ada. Jadi darah masih tetap mengalir. Sewaktu saya membersihkan mulut Anis , dan membuka mulut Anis , Ya Allah..darah cair kehitaman memenuhi mulut Anis..di saat out saya melihat gigi Anis 2 batang yang baru mula tumbuh…Saya tabahkan hati untuk tidak mengalirkan air mata , kerana ustazah telah berpesan kepada saya , jangan menangis hingga mengalirkan air mata di atas jenazah..Ini adalah kali teakhir saya dapat memandikan Anis , selalunya memang diwaktu begini Anis akan bangun tidur dan menandikannya. Tapi hari ini adalah kali terakhir Anis akan mandi di rumah saya. Saya juga telah mengkafankan jenazah anak saya bersama suami dengan tunjuk ajar ustazah…..Pukul 11.00 pagi setelah disembahyangkan ,Jenazah Anis selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas , Ampang. Suami saya merupakan orang yang terakhir memegang Anis …kerana dia yang telah membaringkan Anis di liang lahad. Semadilah ANIS SABRINA dengan tenang. Mama , Ayah , Iky dan Ika akan selalu datang melawat Anis.Mungkin disaat ini Anis sedang bahagia bertemu yang menciptanya.
Sedekahlah
AL-FATIHAH…….untuk Anis Sabrina.