Air merupakan salah
satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh
hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
satu
seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru
ini yang
mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang
bukan Islam
kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau
menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide
ditunjukkan dan
dipancarkan di layar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel
air yang
diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan
bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan
molekul-molekul air
tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar, tidak
begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)
rupa yang
menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata, "Banyak
lagi
sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir
sama,
sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari
sampel-sampel air
yang saya tunjukkan tadi."
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarlah satu rupa bentuk
molekul air
yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),
bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang
menarik melebihi
12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya, "Siapakah
di antara
kamu semua yang tahu sampel air apakah ini?" Hadirin semua
senyap, dan
kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab, "Saya
rasa itu
adalah sampel air zam-zam."
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
bertanya,
"Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
zam-zam?" "Kerana
air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini," jawab
Pensyarah.
Profesor berkata, "Saya tak tahu samada betul atau tidak air
zam-zam itu
mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa
bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat
experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat
menpengaruhi rupa
bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca
sesuatu kepada
air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk
menguji
bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin,
nampak
molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan
janggut yg
panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah,
Selawat dan Ayat
Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan
berkilau-kilau....
Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang
ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah di skrin molikul
air berupa
seperti sel-sel barah.
Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
kita
sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah:
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika
hendak air itu
berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia
maka
masukkanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya."
|
|